Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 1

Alhamdulillah, satu latihan berbentuk bengkel pengendalian bot anjuran iBantu Sell dengan kerjasama Alucast Tasik Kundang pada Ahad 24 May 2015 telah diadakan dengan jayanya. Ini merupakan latihan persediaan iBantu untuk bencana banjir nanti. I-Bantu Subang Jaya diwakili oleh akhi Mizwan dan Ustaz Yusni Yusak.

Assalamu'alaikum wbt

 

Berikut adalah senarai program IKRAM SJ

 

Mei 2015
~~~~~~

  • 15-16, Jumaat-Sabtu | Katibah Akhawat | PISJ @ 9mlm
  • 16-17, Sabtu-Ahad | Katibah Ikhwah (ganti dengan qiam usrah masing2)
  • 23-24, Sabtu-Ahad | JKTN Daurah PELAPIS
  • 23, Sabtu | Penurunan Manhaj 01, 02 - SJ, SA, PJ | Masjid Bukit Jelutong @ 8pg
  • 26, Selasa | Liqa Nuqaba SJ | PISJ @ 9mlm
  • 27, Rabu | Liqa Murabbi SJ | PISJ @ 9mlm
  • 28, Khamis | Liqa Nuqaba 03 Negeri | PIHQ @ 9mlm
  • 29, Jumaat | PATWA | UPM @ 9pg
  • 30, Sabtu | PAT | UPM @ 9pg

 

Jun 2015
~~~~~~

  • 4, Khamis | Daurah 01 | tbd
  • 4, Khamis | Liqa Nuqaba 04 Negeri | PIHQ @ 9mlm
  • 5-6, Jumaat-Sabtu | JKTN Daurah Muwajih 
  • 6-7, Sabtu-Ahad | Qiam AB | tbd
  • 7, Ahad | JKTN Taklimat Tausiq Taseid 01->02 | 9pg
  • 7, Ahad | JKTN Taklimat Tausiq Taseid 02->03 | 2ptg
  • 9, Selasa | Nadwah AT05 | PISJ @ 9mlm
  • 13, Sabtu | Liqa Masulin & Prog Aulad | SIMDE | 9pg

 

Ramadhan 2015 (Jun, Jul)
~~~~~~~~~~~~~~~

  • 18, Khamis | Ramadhan bermula
  • 27, Sabtu | Iftar Jamaie SJ | SIMDE
  • 4, Sabtu | Program di Putra Heights (Bubur lambuk, aulad)
  • 10, Jumaat | Qiam Perdana SJ | Masjid Uniten
  • 11-12, Sabtu-Ahad | IRIS | Masjid Uniten

 

Hari minggu 1 Ramadhan - Buka puasa bersama keluarga di kampung
Hari minggu 2 Ramadhan - Iftar Jamaie SJ (PIC: Liqa Akh Bilal, Liqa Mizwan)
Hari minggu 3 Ramadhan - Program bersama masyarakat (Putra Heights)
Hari minggu 4 Ramadhan - Program IRIS

الحمدلله  program wasail tarbiah,  Nadwah untuk marhalah AA03 telah berjalan dengan baik pada Khamis (16 Apr 2015) di PiSJ, Putra Heights. Seramai  5 orang ikhwah telah membentangkan tajuk no. 1 hingga no. 5 dari bahan "Adakah kita golongan praktikal (berkerja) (هل نحن قوم عمليون" )" dari Majmuk Rasail Syeikh Imam Hasan Al-Banna. Musyrif Nadwah kali ini ialah akh Bilal Parid.

 

Daurah fiqh taharah buat belia Ikram Subang Jaya sedang berlangsung di PISJ Putra Heights. Program dikendali secara teori dan amali oleh Ustaz Wan Shuhairi seperti cara berwuduk dengan segelas air, praktikal bertayamum dll. Program pagi ini turut dihadiri oleh belia wanita yang diuruskan oleh Ustazah Wan Yusnee.

Alhamdulillah telah berlangsung Seminar 3M (Membina Mujahid Muda) "Dari Janin ke 1 Tahun - Asuh Fitrah" anjuran Jawatankuasa Pembangunan Keluarga (PEKA) IKRAM Subang Jaya pada Sabtu, 4 Apr 2015 di Sekolah Integrasi Darul Ehsan Subang Jaya.

  • Slot Pertama - Proses Kehamilan dan Kelahiran (09-11 am) Dr Fauziah Hassan, Pakar Sakit Puan (Hospital Pakar Ampang)
  • Slot Kedua - Penjagaan Bayi 0-1 tahun (11:30-01:30 pm) Dr Radziah, Pakar FamilyMedicine

Program kali ini memberi fokus untuk ibu bapa muda dengan pengisian dan maklumat yang inovatif yang diselang seli dengan sentuhan nas-nas al-Quran serta padangan ulama. Moga sesi ini telah menambahkan ilmu dan kemahiran bagi memantapkan keluarga duat dan kehidupan dakwah dan kerjaya. Mudah-mudahan Allah swt memberkati majlis ini dan kemudahan bagi sesi-sesi seterusnya..

   

Alhamdulillah Qiam bulanan belia Ikram Subang Jaya bulan ini berlangsung di pejabat Putra Heights. Kuliah subuh di sampaikan oleh Ust Sakijan Muri berkisar kecintaan kepada Allah dan Rasul. InsyaAllah pagi ini juga akan diteruskan dengan daurah fiqh taharah buat belia oleh Ustaz Wan Shuhairi. Manakala daurah aqidah bagi ahli aktif akan dilaksanakan di Shah Alam.

Alhamdulillah telah bersyahadah saudara Khoo Seng Chee* ( t shirt hijau) di PISJ pada pagi Ahad lepas. DiIslamkan oleh Ust Safwan Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Ikram Subang Jaya. Dokumen pengislaman telah diselesaikan pada hari yang sama. Moga saudara kita ini istiqamah dlm Islam dan ditetapkan iman..

*telah beri kebenaran utk share..

 

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Daerah Ikram Subang Jaya telah diadakan dengan jayanya pada Jumaat 27 Mac 2015 di PISJ Putra Heights. Telah dirasmikan oleh wakil Ikram Selangor, akhi Ammar Mohd Zain. Sebelum itu telah diadakan Mesyuarat Agung Wanita Daerah Ikram SJ pada Rabu 25 Mac 2015 di tempat yang sama.

Montaj Khas Ikram Subang Jaya sempena MAD 2015
https://youtu.be/P76CuOJkfZ4

Montaj

STATISTIK PENGUNJUNG

Today 65

Yesterday 63

Week 65

Month 2171

All 131322

Currently are 31 guests and no members online