Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 1

Alhamdulllah, program "Semarak Ramadhan IKRAMSJ 2015" bersama penduduk sekitar surau ar Raudhah dan apartmen Seri Mutiara Putra Heights SJ telah berlangsung dengan jaya sepanjang pada Sabtu, 4 Julai 2015. Pelbagai program di atur bermula acara gotong royong sedia bahan untuk bubur lambok, bersama muslimat kariah, serentak dengan aktiviti anak anak kariah yang dikendalikan oleh Wanita & Belia IKRAMSJ. Pada tengaharinya ahli IKRAMSJ bersama-sama ajk surau telah mula memasak bubur lambok yang selesai sebelum masuk waktu solat zohor. Selesai bersolat sesi packing bubur ke dalam 500 bekas telah dibuat dalam tempoh satu jam sahaja, Alhamdulillah.

 

Pada jam 3 petang, sesi serahan sumbangan ramadhan kepada 33 keluarga miskin telah diadakan. Program dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengerusi surau ar-Raudah, saudara Sohobul Baharin dan diikuti ucapan oleh Tn Hj Sabri Saad, YDP IKRAMSJ. Kemudian diikuti dengan satu persembahan anak anak berqasidah tentang kehidupan nabi. Selanjutnya satu sesi tazkirah telah disampaikan dengan penuh kreatif dan terkesan oleh Ustaz Sakijan Muri. Kemudian anak anak kariah mengikuti kumpulan halaqah untuk membaiki bacaan quran dan solat sehingga masuk waktu Asar. Program berakhir dengan tazkirah ramadhan yang di sampaikan sekali lagi oleh Ustaz Sakijan.

 

 

 

Moga Allah swt memberkati majlis ini, seterusnya meningkat silaturrahim dengan anak kariah setempat dan bersama-sama berkongsi kegembiraan dengan keluarga-keluarga yang memerlukan...

Assalamualaikum. Berikut adalah jadual Imam Palestin & Syria yg telah diperuntukkan utk SJ dan masih ada 9 mlm lg kekosongan yg perlu & dlm proses Jadual imam palestin: 17 Jun (1 Ram) - 18 Jun (2 Ram) - Surau al falaq enggang, bk6 19 Jun (3 Ram) - 20 Jun (4 Ram)- Surau d wakaf 21 jun (5 Ram)- Surau Nurul Iman Saujana puchong 22 Jun (6 Ram) - Masjid al Husna puchong 23 Jun (7 Ram) - Masjid Darussalam 24 Jun (8 Ram) - 25 Jun (9 Ram) - Surau al Ikhwan 26 Jun (10 Ram) - Masjid Asy Syakirin 27 Jun (11 Ram) - Iftar Jamaie IKRAM SJ 28 Jun (12 Ram) - Surau al hidayah, Perdana Heights 29 Jun (13 Ram)- Masjid Al-Mukminun USJ 2 30 Jun (14 Ram) - Masjid Manjalara 1Julai (15 Ram) - Surau baiturrahman 2 Julai (16 Ram) - 3 Julai (17 Ram) - Masjid al Ehsan, Bdr Kinrara 14 Julai(28 Ram)- Masjid Darul Ehsan,SJ

Insya Allah swt, satu program bersama-sama penduduk Putra Heights "Semarak Ramadhan 2015", akan diadakan di Surau ar-Raudhah anjuran IKRAMSJ bersama-sama dengan AJK Surau ar-Raudhah dan Jawatankuasa Penduduk Zon 7 Putra Heghts.

Program bermula seawal jam 10 pagi dengan acara gotong royong (rewang) menyediakan bahan-bahan masak untuk bubur lambok di kalangan muslimat kariah, dengan selari dengan program aulad bagi kanak-kanak sekolah rendah yang akan dijalankan oleh Wanita IKRAMSJ. Aktiviti memasak bubur lambok akan bermula tengahari, disusuli dengan packing dan edaran pada sebelah petang.

Sesi sumbangan ramadhan kepada keluarga miskin akan diadakan pada jam 3 petang di surau ar-Raudhah, seramai 33 keluarga telah dikenalpasti dan disenarai pendek oleh pihak surau untuk menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur bagi menyambut ramadhan dan syawal.

Berakhir dengan iftar dan terawih bersama-sama penduduk surau dan apartmen Seri Mutiara Putra Heights..

 

 

Ya Allah, bukakanlah pintu-pintu hati kami untuk menerima segala keutamaan dan keberkatan Ramadhan sebagaimana Engkau buka pintu-pintu syurga untuk menerima hamba-hambaMu yang mendekatkan diri mereka kepadaMu di bulan yang mulia ini. Tutupkanlah hati kami dari mengikuti segala kehendak nafsu dan syahwat sebagaimana Engkau tutup pintu-pintu neraka bagi menghindarkan diri kami dari terpalit dengan dosa dan noda yang akan menjerumuskan kami ke dalamnya

\

 

Assalamu'alaikum wbt..

Program Semakan Ramadhan IKRAMSJ :: Klinik Al-Quran (Lelaki)

Tarikh/Masa: Ahad 28 Jun 2015 | 09:00 pagi - 04:00 petang

Tempat: Masjid Jamek Fastabiqul Khairat, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22 Batu 3, 40300 Shah Alam Selangor

http://goo.gl/maps/ni3So

 

Klinik ini kan dikendalikan oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah

Terbuka kepada semua ahli 01-05 Ikram Subang Jaya dan rabtul aam.

Ikhwah semua adalah diminta memberi maklumbalas kehadiran (hadir atau tidak hadir) melalui link berikut:

http://goo.gl/forms/z389ddHM1P

 

Terkini...

27 Jun (Sabtu) - Klinik Al-Quran (Wanita), 9am-1pm@Pej IKRAM SJ, Putra Height

27 Jun (Sabtu) - Majlis Berbuka Puasa SJ, - Iftar, Terawih Imam Gaza dan Tazkirah, 5pm-10pm@Sri Furqan, Sek 27 Shah Alam

28 Jun (Ahad) - Klinik Al-Quran (Lelaki), 9am-4pm@Masjid Fastabiqul Khairat, Batu 3, Shah Alam ( http://goo.gl/maps/ni3So )

4 Julai (Sabtu) - Semarak Ramadhan Bersama Penduduk di Surau Ar-Raudhah, Putra Height
- Rewang masak, packing dan edar bubur lambok, 10am-3pm
- Motivasi Solat Remaja
- Sumbangan Ramadhan untuk 30 Keluarga Miskin ( RM100/ keluarga)

10 Julai (Jumaat) - Qiam Perdana dan bersahur bersama penduduk di Masjid Al-Mukminun USJ

 

Montaj

STATISTIK PENGUNJUNG

Today 26

Yesterday 62

Week 88

Month 190

All 135991

Currently are 13 guests and no members online