Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 1

Daurah fiqh taharah buat belia Ikram Subang Jaya sedang berlangsung di PISJ Putra Heights. Program dikendali secara teori dan amali oleh Ustaz Wan Shuhairi seperti cara berwuduk dengan segelas air, praktikal bertayamum dll. Program pagi ini turut dihadiri oleh belia wanita yang diuruskan oleh Ustazah Wan Yusnee.

Alhamdulillah telah berlangsung Seminar 3M (Membina Mujahid Muda) "Dari Janin ke 1 Tahun - Asuh Fitrah" anjuran Jawatankuasa Pembangunan Keluarga (PEKA) IKRAM Subang Jaya pada Sabtu, 4 Apr 2015 di Sekolah Integrasi Darul Ehsan Subang Jaya.

  • Slot Pertama - Proses Kehamilan dan Kelahiran (09-11 am) Dr Fauziah Hassan, Pakar Sakit Puan (Hospital Pakar Ampang)
  • Slot Kedua - Penjagaan Bayi 0-1 tahun (11:30-01:30 pm) Dr Radziah, Pakar FamilyMedicine

Program kali ini memberi fokus untuk ibu bapa muda dengan pengisian dan maklumat yang inovatif yang diselang seli dengan sentuhan nas-nas al-Quran serta padangan ulama. Moga sesi ini telah menambahkan ilmu dan kemahiran bagi memantapkan keluarga duat dan kehidupan dakwah dan kerjaya. Mudah-mudahan Allah swt memberkati majlis ini dan kemudahan bagi sesi-sesi seterusnya..

   

Alhamdulillah Qiam bulanan belia Ikram Subang Jaya bulan ini berlangsung di pejabat Putra Heights. Kuliah subuh di sampaikan oleh Ust Sakijan Muri berkisar kecintaan kepada Allah dan Rasul. InsyaAllah pagi ini juga akan diteruskan dengan daurah fiqh taharah buat belia oleh Ustaz Wan Shuhairi. Manakala daurah aqidah bagi ahli aktif akan dilaksanakan di Shah Alam.

Alhamdulillah telah bersyahadah saudara Khoo Seng Chee* ( t shirt hijau) di PISJ pada pagi Ahad lepas. DiIslamkan oleh Ust Safwan Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Ikram Subang Jaya. Dokumen pengislaman telah diselesaikan pada hari yang sama. Moga saudara kita ini istiqamah dlm Islam dan ditetapkan iman..

*telah beri kebenaran utk share..

 

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Daerah Ikram Subang Jaya telah diadakan dengan jayanya pada Jumaat 27 Mac 2015 di PISJ Putra Heights. Telah dirasmikan oleh wakil Ikram Selangor, akhi Ammar Mohd Zain. Sebelum itu telah diadakan Mesyuarat Agung Wanita Daerah Ikram SJ pada Rabu 25 Mac 2015 di tempat yang sama.

Montaj Khas Ikram Subang Jaya sempena MAD 2015
https://youtu.be/P76CuOJkfZ4

 ALhamdulillah, program Nadwah kali ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada Selasa, 10 Mac 2015 di PISJ melibatkan ahli teras dan ahli aktif 04 yang dikendalikan oleh Ust Abd Halim Abdullah yang telah berkongsi slot nadwah yang disampaikan oleh Syeikh Hameed di daurah muwajig sekitar tajuk "Hal Nahnu Qaumun 'Amaliyun" salah satu risalah dalam Majmuah Rasail Syeikh Imam Hasan al Banna.

Qiam bulanan Belia IKRAM Subang Jaya telah diadakan pada 7-8 Mac 2015 di Masjid al Mukminun USJ2 mulai jam 9 pm hingga 9 am (keesokan harinya). (Foto) Tazkirah "Amanah" telah disampaikan olehi Ust Sakijan Muri buat belia mula datang secara beransur-ansur ke masjid yang terletak di tengah-tengah perumahan elit di USJ2.

Alhamdulillah telah dapat bersama-sama untuk qiam & tahajud, solat subuh dan mendengar kuliah subuh bersama ahli kariah. Selepas bersarapan pagi dengan ahli jemaah, sebahagian belia telah bersama-sama turun riadah bola di padang berdekatan. Riadhah turut disertai oleh anak-anak remaja tempatan yang tinggal di sekitar masjid.Terima kasih juga buat Nazir Masjid Al- Mukminun USJ2, Tn Hj Zainal yang sentiasa memberi ruang buat IKRAMSJ dan juga program kerjasama dengan pihak masjid.

 

 

Kesyukuran ke hadrat Allah swt, program Hi-Tea "Majlis Ramah Mesra" Wanita IKRAM Subang Jaya yang telah diadakan dengan jayanya pada Sabtu, 7 Mac 2015 di tingkat atas DR. Restoran, Putra Heights. Seramai 5 wakil Muslimat Masjid-Masjid dan 10 Surau-Surau di sekitar Puchong dan Subang Jaya telah menghadiri program yang julung kali diadakan oleh Wanita IKRAMSJ.

Alhamdulillah program ini dianggap berjaya dan sudah mencapai 'Networking' yang diharapkan dan ada yang di kalangan wakil-wakil Muslimat masjid/surau ini telah menghulur tangan untuk bekerjasama melaksanakan program seterusnya selepas ini.

Montaj

STATISTIK PENGUNJUNG

Today 55

Yesterday 176

Week 1074

Month 2572

All 126605

Currently are 24 guests and no members online