Hebahan: Majlis Penyelarasan Usrah, Wanita IKRAMSJ, Putra Heights 16 Mei 2012

Posted in Belia & Siswazah, Keluarga & Wanita, Tarbiah Ahli, Umum & Hebahan | Leave a comment

Memperingati Hari Ulang Tahun ke 63 “Peristiwa Tragedi Nakbah 15 Mei 1948″

Secara rasminya kemuncak peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948 bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera ‘The Star of David’ dan pada keesokkan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram Israel diisytiharkan oleh Perdana Menterinya yang pertama David Ben Gurion.

Kenapa peristiwa Nakbah yang kini sudah memasuki ulang tahun ke 63 ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam? Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa Barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.

Peristiwa Nakbah yang telah dirancang sejak tahun 1897, disususli dengan penaklukan British ke atas Palestin pada tahun 1917, direstui oleh Parlimen British melalui lobi Yahudi yang mengizinkan bangsa Yahudi untuk memasuki Palestin sebagaimana yang termaktub dalam deklarasi Balfour 1917, dan pembahagian Palestin kepada negara Arab dan Yahudi oleh resolusi PBB 181 pada tahun 1947 dan pencerobohan pengganas-pengganas Yahudi yang merampas tanah air rakyat Palestin pada tahun 1948 sebenarnya adalah titik hitam kepada penderitaan yang berlanjutan sehingga kini. Pengistiharan negara haram Israel pada tahun 1948 telah membuka laluan kepada penaklukan seluruh bumi Palestin pada tahun 1967.

Pada tahun tersebut Baitul Maqdis timur di mana terletaknya Masjid al Aqsa, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza diduduki oleh Israel. Masjid Al-Aqsa terus dikepung dan dikuasai oleh Yahudi Zionis sehingga ke hari ini. Mereka telah melakukan pelbagai rancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut termasuklah dengan peristiwa pembakaran masjid pada 21 Ogos 1969 dan meletakkan bahan letupan di bawah binaan masjid. Di samping itu mereka juga menggali terowong di bawah masjid serta mendirikan kuil (synagogue) sementara di bawah permukaan masjid. Kesemua peristiwa ini gagal untuk menggerakkan dhamir umat Islam untuk berjuang bersungguh-sungguh untuk membebaskan tanah sucinya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Salahuddin al Ayubbi ketika Baitul Maqdis dikuasai oleh kaum salibiyyah.

Baca sepenuhnya dalam Laman Aqsa Syarif

Posted in Sejagat & Fikrah, Umum & Hebahan | Comments Off

15 May 1948: Nakba Day “Freedom For Palestine”..

Posted in Aqsa Syarif SJ | Leave a comment

Sekitar “Jaulah & Rehlah” TSM-Pemuda IKRAMSJ, USJ-Port Dickson 12-13 Mei 2012

Koleksi gambar-gambar menarik “Jaulah & Rehlah” 12-13 Mei 2012 (klik sini). Terima kasih kepada akh Huzaifah Taylor’s Uni.

Laporan lanjut program akan menyusul …

Posted in Belia & Siswazah, Tarbiah Ahli | Leave a comment

Sekitar “Majlis Pengislaman Roland Chee” JK Dakwah IKRAMSJ, Putra Heights 13 Mei 2012

Alhamdulillah, kita amat bersyukur tidak terhingga kepada Allah swt, satu majlis pengislaman saudara baru telah dapat diadakan dengan mudah dan jayanya dalam suasana penuh syahdu dan kesyukuran di Pejabat IKRAM Subang Jaya Putra Heights pada 13 Mei 2012 (Ahad).

Saudara Roland Chee, seorang pemuda Cina berumur awal 20 tahun telah melafazkan syahadahnya dihadapan Tn Hj Muhammad Fakarudin, Pengerusi JK Dakwah IKRAMSJ dan disaksikan oleh Tn Hj Maarof , Pengerusi Surau Nurul Islah Putra Heights dan saudara Hj Sabri Saad, Setiausaha IKRAMSJ serta En Ezuddin, SU Surau Nurul Islah. Turut hadir ialah Saudari Qayyum (rakan Roland), Zulkarnain Hassan dan Ustazah Siti Ramlah Ibrahim.

Saudara Roland telah mempunyai hasrat memeluk Islam tatkala masih belajar di IPT lagi dan hasrat ini tertangguh kerana khuatir tidak mendapat kebenaran orang tua. Dengan kemasukan adiknya sendiri dalam Islam baru-baru ini telah menguatkan semula hasratnya yang mendalam untuk turut sama merasai kemanisan Iman dan Islam. Tambahan pula abangnya sendiri juga berhasrat untuk bersama-sama mereka dalam masa terdekat. Yang menariknya saudara Roland tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya pengislamannya dipaparkan dalam web atau FB bagi tujuan makluman kepada semua. Ini juga adalah kerana ibunya sendiri (walaupun masih belum Islam) telah memberi kebenaran dan kerjasama untuk beliau memeluk agama Islam yang suci ini. Semoga Allah swt menetapkan iman dan istiqamah mereka sebagai muslim yang sejati.

Insya Allah swt, sesi majlis pengislaman berikutnya akan juga dilaksanakan di masjid/surau di sekitar Subang Jaya bagi tujuan menyemarakkan lagi dakwah belum Islam dalam masyarakat di samping usaha rabtul am dan khidmat sosial IKRAMSJ..

Posted in Khidmat & Da'awah | Leave a comment

Sekitar “Retreat PS IKRAMSJ 2012-2013″, Putra Jaya 12 Mei 2012

Lagi koleksi foto sekitar Retreat PS IKRAMSJ 12-13 Mei 2012 (klik sini)

Posted in Aqsa Syarif SJ, Aulad & Remaja, Belia & Siswazah, Keluarga & Wanita, Khidmat & Da'awah | Leave a comment

Hebahan: “Retreat Perancangan Strategik IKRAMSJ 2012-2013″ Putra Jaya 12 & 13 Mei 2012

Posted in Khidmat & Da'awah, Umum & Hebahan | Leave a comment

Sumbangan Palestine – AMIR Jepun kepada Aqsa Syarif SJ, Putra Heights 9 Mei 2012

Alhamdulillah, sebanyak  Yen 424,158  (atau sekitar RM16,000) hasil  kutipan sumbangan untuk rakyat Palestine oleh pelajar-pelajar melalui Aspiring Malaysian Rijal - AMIR Jepun telah disampaikan kepada saudara Zulkarnain Hassan, Bendahari Aqsa Syarif Subang Jaya pada 9 Mei 2012 di Pejabat Putra Heights. Sumbangan tersebut disampaikan oleh saudara Ahmad Firdaus Mohd Nor, Ketua Pemuda IKRAMSJ bagi pihak saudara Adam Effendi (wakil  AMIR Jepun). Tahniah diucapkan kepada AMIR Jepun atas usaha murni ini dan mudah-mudahan  diberkati Allah swt. Pihak Aqsa Syarif SJ juga amat bersyukur kerana dengan kutipan pada malam ini telah menghasilkan jumlah kutipan keseluruhan sehingga setakat ini berjumlah melebihi RM100k.

Tabung Infaq Palestin AMIR telah berjaya dilancarkan di program-program tarbiyyah AMIR Jepun semasa musim sejuk yang lalu iaitu program Kampung Tarbiyyah Worldwide 2011 (KTWW2011) dan program Tarbiyah In Fuyu (TAIFU). Pihak AMIR juga amat berbesar hati untuk mengajak  umat Islam di Jepun untuk  sama-sama menyebarkan maklumat berkenaan infaq ini kepada masyarakat di sekeliling  untuk mewujudkan kesedaran untuk saling membantu saudara-saudara kita yang amat memerlukan di bumi Palestin nun jauh disana.

Melalui laman web mereka, pihak AMIR berterima kasih kerana cakna dengan nasib saudara seagama kita di Palestin. Sumbangan saudara saudari sama ada dalam bentuk wang mahupun tenaga amatlah kami hargai. Dan tidaklah ada yang mampu membalas jasa saudara saudari semua melainkan Allah s.w.t dengan janji-Nya dalam al-Quran yang bermaksud, ”Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan harta kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.” [Al hadid 57: 18]

 

Posted in Aqsa Syarif SJ, Sejagat & Fikrah | Leave a comment

Hebahan: Rehlah “Battle of the Desert” TSM-Pemuda IKRAMSJ, PD 12-13 Mei 2012

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”

Posted in Belia & Siswazah, Tarbiah Ahli, Umum & Hebahan | Leave a comment

Sekitar Taklimat Siasah IKRAMSJ, Putra Heights 3 Mei 2012

Alhamdulillah, satu taklimat tentang perkembangan terkini siasah telah diadakan di pejabat IKRAMSJ Putra Heights. Program bermula dengan kata aluan oleh Ustaz Hajar Opir, YDP IKRAMSJ dan disusuli dengan taklimat yang penuh informatif dan menarik oleh Tn Hj Shaharudin Omar (IKRAM Petaling Jaya) serta saudara Hanafi Jusoh (IKRAM Shah Alam). Sesi ini telah di akhiri dengan penerangan lanjut tentang beberapa tindakan susulan yang perlu dilaksanakan oleh IKRAMSJ dan juga ahli-ahlinya. Semoga program ini telah memberi maklumat dan kesedaran bermakna kepada semua hadiri tentang persiapan dan tanggungjawab kehadapan..

Posted in Belia & Siswazah, Khidmat & Da'awah | Leave a comment

Hebahan: Qiam TSM-Pemuda IKRAMSJ, USJ 2 Mei 2012

Posted in Belia & Siswazah, Tarbiah Ahli | Leave a comment

Sekitar “Forum Harmoni IKRAMSJ” Siri 1, Masjid As-Salam Puchong Perdana 28 Apr 2012

“Memahami Masyarakat India” menjadi tajuk pilihan program Forum Harmoni Siri 1 yang telah berlangsung pada hari Sabtu 28 April 2012 yang lalu di Masjid As-Salam Puchong Perdana. Program anjuran bersama IKRAM Subang Jaya, Masjid As-Salam dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling tersebut bertujuan untuk memupuk kesedaran umat Islam untuk lebih mengenali masyarakat lain dan agama anutan mereka seterusnya memahami dan mempelajari pendekatan yang sesuai untuk mendekati mereka. Forum ini telah berjaya membuka mata lebih 250 jemaah yang hadir pada hari tersebut.

Cikgu Kamarul Zaman dari Hidayah Centre Bukit Beruntung dan Saudara Muhammad Rafiq Ravi dari PERKIM yang juga merupakan ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia telah berkongsi tentang asal usul kaum India di Malaysia, asas-asas kepercayaan agama Hindu, soalan-soalan lazim dan juga beberapa pendekatan yang sesuai untuk memulakan dakwah kepada mereka. Ditambah dengan kelolaan moderator yang berkelibar, Tn Hj Yassim yang juga Nazir Masjid As Salam sendiri telah membuatkan forum tersebut bertambah seri dan ceria.

Tahniah juga diucapkan kepada Ustaz Mohd Yusri Mohd Yunos selaku masul program dan ahli jawatankuasa beliau diatas usaha dan komitmen yang telah dicurahkan. Semoga program-program sebegini akan sentiasa subur di bumi Subang Jaya di masa akan datang. Forum ini telah dirancang dengan 3 siri di mana siri kedua InsyaAllah akan diadakan pada 7 Julai 2012 dengan tajuk ‘Memahami Masyarakat Beragama Kristian’ dan siri ketiga pada 10 November 2012 akan membawa tajuk ‘Memahami Masyarakat Cina’. Semua lapisan masyarakat setempat dijemput hadir memeriahkan lagi program tersebut. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Sdr Muhammad Fakharuddin di talian 012-3028207.

Posted in Khidmat & Da'awah, Sejagat & Fikrah | Leave a comment

Sekitar Futsal Piala Dr AO, TSM-Pemuda IKRAMSJ 22 Apr 2012

 

Lagi koleksi foto pertandingan futsal Piala Dr Adnan Omar, TSM- Pemuda IKRAM Subang Jaya pada 22 April 2012 (klik sini). Terima kepada saudara Huzaifah dengan foto foto menarik ini jzk..

Posted in Belia & Siswazah, Tarbiah Ahli | Leave a comment

Hebahan: Qiam Gabungan Wanita IKRAMSJ, Putra Heights 27 Apr 2012

Posted in Keluarga & Wanita, Tarbiah Ahli | Leave a comment

Sekitar Iftar Mingguan TSM-Pemuda IKRAM Subang Jaya 26 Apr 2012

 

Lagi foto foto menarik sekitar program  iftar mingguan pelajar TSM-Pemuda IKRAM Subang Jaya pada Khamis lepas (26 April 2012).

Moga ditingkatkan ukhuwah dan diberkati amal oleh Allah swt. (klik sini). Terima kasih kepada akh Huzaifah Taylor’s.

 

Ibnu Qudamah menjelaskan dua hal kelebihan puasa dalam kitab Mukhtashar Minhajul Qashidin. Pertama, puasa termasuk amal yang tersembunyi dan amal batin yang tidak boleh dilihat orang lain, sehingga tidak mudah disusupi riya’. Kedua, cara untuk menundukkan musuh Allah. Kerana sarana yang dipergunakan musuh adalah syahwat. Syahwat boleh menjadi kuat kerana makanan dan minuman. Selagi ladang syahwat tetap subur, maka syaitan akan bebas berkeliaran di tempat gembalaan yang subur itu. Tapi jika syahwat ditinggalkan, maka jalan ke sana juga sempit.

Ketika seseorang ikhlas dalam menjalankan perintah Allah dan mampu meninggalkan larangan-Nya dengan kemampuan mengendalikan syahwatnya, maka pada saat itulah ia mampu mencapai derajat taqwa. “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”. (QS. Al-Baqarah : 183)

Posted in Belia & Siswazah, Tarbiah Ahli | Leave a comment